number just a figure,
it creates a meaning,
people will create their own mentality,
mind always say about a figure,
do really i care about it,
figure can mean everythings...
Monday, January 25, 2010
number...
Posted by ikhwan89 at 1:14 PM 0 comments
Tuesday, January 19, 2010
english side....
Today lesson is different..it is unique..i had never experiance have a lesson with request of song..
sound weird at the beginning,exspecially for the first timer.. but i'm totally enjoy the song..
but the most important is,this is the first class i'm not sleepy..huhu... i dont how,i dont know why.. i'm enjoy the lesson.. i wanna achieve A for this course.. I will.. the is coming..
Posted by ikhwan89 at 8:45 PM 0 comments
Friday, November 20, 2009
susah..
dkt 2jam duk depan komputer nak cri template baru untuk blog nie..
hbis sume website dirobeknya... try punye try.. entah kenapa xda yang berkenan di hati...
last2 habis sume data2 aku kt template blog lama... sudahnya kembali balik aku kt template blog lama...
pencarian akn aku teruskan... penat tue x usah nak ckp... bersengkang mata nie dibuatnya...
ok lah,ada byk benda nak tulis sebenarnya,tp dek kepala nie pusing semcm ja...
tinta nie akn terus menyumbang selagi msh mampu...
Moga TUHAN berkati diri ini... aminn... wslm
Posted by ikhwan89 at 8:57 PM 2 comments
Thursday, November 19, 2009
salam bertemu lagi
dah lama x edit blog nie... entah berapa kurun telah berlalu...
dek kerana melalui pembacaan blog sahabat yang kini belajar perubatan di mesir,tergerak hati nie nak menulis balik...
diri nie memang minat menulis,dek kerana penyakit 'M' selalu yang datang.. xbleh nak buat pa..
hakikat yang sebenar aku nie bkn pandai teknologi sgt... main cuber2 jer... bak kata orang 'try and error'...
itu lah yang aku selalu buat...
kalau buat slah tue jgn ckp... nama pun lg try and error...
mungkin tulisan kali ini tidak mempunyai sebarang unsur2 pendidikan mahupun tarbiah..
namun ia sekadar pemberitahuan bahawa blog nie insyAllah akan kembali dengan topik2 yang bakal di perbincangkan..
ok lah,akhir kata...
terima kasih buat Hanzalah yang berada di Mesir,kerna berjaya menyuntik kembali semangat yang telah terkubur sekian lama untuk menulis kembali...
Posted by ikhwan89 at 3:52 PM 0 comments
Tuesday, February 10, 2009
kemelut politik di PERAK
assalamualaikum...
baru2 nie saya pulang ke kampung,tibanya saya di muka pintu rumah saya digemparkan dengan berita rusuhan di istana sultan negeri perak yang terletak di kuala kangsar. rusuhan ini berlaku hanya 2km sahaja dari rumah saya.
Rusuhan ini berlaku ketika perlantikan Menteri Besar baru bagi negeri perak.Susulan perlantikan ini rakyat negeri perak dikatakan tidak berpuas hati di atas perlantikan MB baru ini kerana MB ini bukan atas pilihan rakyat. Justeru rakyat negeri perak ingin menunjukkan ketidakpuashatian mereka melalui perhimpunan ini.
Namun begitu,perhimpunan ini bertukar menjadi rusuhan kerana FRU bertindak kasar dengan menyembur gas pemedih mata lantas membangkitkan kemarahan merekan yang melakukan perhimpunan ini. pelajar2 sekolah ramai yang menjadi mangsa di atas kejadian ini..
Seperkara yang saya ingin tegaskan adalah KEBANYAKKAN berita di kaca televisyen telah banyak di selewengkan atas kepentingan politik.. maka timbul soal berat sebelah media.. perkara yang memalukan.. bagaimana kebenaran itu mahu di tegakkan sedangkan ada pihak yang menyelewengkan..
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku,kita tidak nampak.. tapi kita di sajikan dengan maklumat yang menyimpang.. kemelut yang berlaku di PERAK ini terlalu banyak persoalan yang timbul.. namun setengah pihak hanya menuding jari tanpa tahu perihal sebenar..
banyak2 kan lah kita muhasabah diri kerana bukan semua yang kita tahu itu adalah kebenaran.. kebenaran itu hanya 1,tidak ada 2 atau 3. kebenaran yang 1 itulah yang kita mahu cari.. bukan hanya tunggu masa menanti diri.. kita sendiri harus peka dan tahu sejauh mana tanggungjawab kita..wslm...
Posted by ikhwan89 at 5:04 PM 0 comments
Thursday, February 5, 2009
AGENDA YAHUDI LAKNATULLAH!!
assalamualaikum..
saya baru saja dapat maklumat ini dari sahabat saya.. beliau meminta agar saya menyebarkan maklumat ini pada sekalian umat islam... atas rasa tanggungjawab yang ada,lampiran ini saya lampirkan agar sesiapa yang membacanya akan mendapat menemui titik kelemahan orang kafir serta yahudi LAKNATULLAH ini...
kadang2 ilmu itu bukan datang bila kita minta,tapi TUHAN datangkan kepada kita kerana kasih sayang NYA pada kita..
Baiknya TUHAN pada kita hambanya yang amat lemah ini kan..
TERIMA KASIH TUHAN....
Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam) iaitu Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.
(seorang orientalis Inggeris) menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit semula dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Baca : CALIPH AL MAHDI
Taraf Presiden atau Perdana Menteri yang demikian itu hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.
( Bekas Perdana Menteri Israel ) pernah dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW.
Jelaslah bahawa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi. Jelaslah bahawa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?
. Michel de Nostredame atau Nostradamus,
Antara kenyataanya yang amat menggoncangkan dunia Barat ialah bahawa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian-Eropah.Kenyataan beliau bahawa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh dunia adalah seperti berikut:
Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelah Timur, bukan di negara Arab atau di sebelah Barat
Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan tenteranya yang besar jumlahnya untuk menyerang dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.
Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa undang-undang Islam untuk diamalkan oleh seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.
Posted by ikhwan89 at 12:17 PM 0 comments
Wednesday, February 4, 2009
dapat kefahaman
alhamdulillah,saya baru ja habis kelas akaun...
buat pertama kalinya hari ini saya nampak dan faham apa itu sebenarnya accounting...
masa first time belajar,memang x faham langsung. Almaklumlah x da langsung basic accounting.
namun berkat pertolongan Tuhan,akhirnya kefahaman itu dapat juga kat saya.
sebagai tips dan panduan untuk lebih memahami dan mengingati tentang accounting,nie ada saya lampirkan tips2 nya sebagai panduan...
1. cuba untuk mengajar orang lain yang x paham.(tapi diri sendiri kena lah paham dulu..)
2.baca nota sebelum masuk class(maknanya buatlah persediaan dulu....)
3.masa lecture tengah mengajar,FOKUS betul2 pada lecture..(jgn sesekali mengelamun atau berkhayal)
4. masa dah habis kelas, jumpa lecture dan ucap terima kasih atas segala ilimu yang dicurahkan kepada kita.(baru ada barokah dalam ilmu tersebut..)
akhir kalam....
kita kena selalu muhasabah diri ini,SEDAR sikit diri nie masih STUDENT...
ingat pada tanggung jawab kita sebagai STUDENT.. jangan lalai dibawa ombak dunia yang sentiasa membadai.. sesekali-sekala kita akan terbadai juga dek ombak itu..
mohon moga kita sentiasa dalam naungan serta rahmatnya..aminn....:")
Posted by ikhwan89 at 6:54 PM 1 comments