assalamualaikum...
baru2 nie saya pulang ke kampung,tibanya saya di muka pintu rumah saya digemparkan dengan berita rusuhan di istana sultan negeri perak yang terletak di kuala kangsar. rusuhan ini berlaku hanya 2km sahaja dari rumah saya.
Rusuhan ini berlaku ketika perlantikan Menteri Besar baru bagi negeri perak.Susulan perlantikan ini rakyat negeri perak dikatakan tidak berpuas hati di atas perlantikan MB baru ini kerana MB ini bukan atas pilihan rakyat. Justeru rakyat negeri perak ingin menunjukkan ketidakpuashatian mereka melalui perhimpunan ini.
Namun begitu,perhimpunan ini bertukar menjadi rusuhan kerana FRU bertindak kasar dengan menyembur gas pemedih mata lantas membangkitkan kemarahan merekan yang melakukan perhimpunan ini. pelajar2 sekolah ramai yang menjadi mangsa di atas kejadian ini..
Seperkara yang saya ingin tegaskan adalah KEBANYAKKAN berita di kaca televisyen telah banyak di selewengkan atas kepentingan politik.. maka timbul soal berat sebelah media.. perkara yang memalukan.. bagaimana kebenaran itu mahu di tegakkan sedangkan ada pihak yang menyelewengkan..
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku,kita tidak nampak.. tapi kita di sajikan dengan maklumat yang menyimpang.. kemelut yang berlaku di PERAK ini terlalu banyak persoalan yang timbul.. namun setengah pihak hanya menuding jari tanpa tahu perihal sebenar..
banyak2 kan lah kita muhasabah diri kerana bukan semua yang kita tahu itu adalah kebenaran.. kebenaran itu hanya 1,tidak ada 2 atau 3. kebenaran yang 1 itulah yang kita mahu cari.. bukan hanya tunggu masa menanti diri.. kita sendiri harus peka dan tahu sejauh mana tanggungjawab kita..wslm...
Tuesday, February 10, 2009
kemelut politik di PERAK
Posted by ikhwan89 at 5:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment