Cara umat Islam belajar di zaman ini sudah tersalah dan tersilap
Mereka mendapat ilmu sangat terbatas
Ilmu hanya didapati di tempat pengajian atau di sekolah rasmi semata-mata
Padahal di sekolah hanya ilmu teori bukan praktikal
untuk kehidupan sehari-hari manusia
Inilah akibat sistem pelajaran yang salah dan tidak berhati-hati dilagang
Belajar di luar sekolah di dalam kehidupan tidak dapat sijil dan ijazah tidak perlu ambil pelajaran dan perhatian lagi
Hanya sanggup belajar semata-mata di mana boleh dapat tauliah kalau tidak tak payah Padahal ilmu lebih banyak lagi dapat dari kehidupan
bukan dari sekolah dan di pengajian tinggi
Belajar dengan mendengar, melihat berbagai-bagai perkara kalau diperhati
lebih banyak dapat daripada di sekolah dan di institusi
Pergi melihat laut, pandang dengan bersahaja tidak dapat apa-apa
Melihat kehidupan nelayan, pandang tanpa membaca tidak dapat pelajaran darinya
Melihat gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara tidak dapat pelajaran memandangnya
Kerana pergi itu semata-mata berhibur bukan hendak mengetahui kejadian
dan sifat-sifatnya maka tidak dapat apa-apalah
Pergi ke padang pasir melihat kehidupan orang-orangnya pandang bersahaja
Tidak pun mengambil pelajaran daripada kehidupan mereka, tidak dapat ilmulah darinya
Pergi hanya buang-buang masa yang dapat hanya letih sahaja
Adakalanya pergi secara escapism, mengubat jiwa yang derita
Maka tentulah tidak dapat pelajaran daripada melihatnya
Pergi ke bendang dengan kehidupan orang-orangnya
Tidak pun diperhati dengan akal hingga dapat pelajaran darinya
Hanya pandang dengan mata semata-mata
Tidak pun difikirkan apa yang dilihat tidak dapat pelajaranlah darinya
Pergi ke kampung, pergi ke pekan, juga ke bandar pandang tidak mengguna otak
Bagaimana cara hidup, budaya mereka tentu tidak sama,
mengapa tidak sama, mesti ada jawapannya jika mengguna otak kita
Pergi hanya dapat berhibur melihat semata-mata, rahsia kehidupan mereka
tidak dapat dibaca
Padahal kalau dilihat dengan akal banyak ilmu dan pelajaran daripada kehidupan mereka
Begitulah kalau dasar pelajaran dilagang dengan tujuan semata-mata
matlamat makan gaji
Mana yang tidak ada kena-mengena dengan makan gaji apa yang dilihat
tidak diambil peduli
Ilmu macam ini tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran negara
Kalau periksa tidak akan dipersoalkan apa perlu diambil perhatian
Yang dipentingkan apa yang dipelajari sahaja di dalam peperiksaan dipersoalkan
Siapa yang berjaya mendapat kelulusan yang tinggi dapat pujian
Setakat itu sahajalah yang dikatakan oleh para pemimpin dan guru
cemerlang, gemilang dan terbilang
Ilmu-ilmu tambahan selain di sekolah tidak diberatkan dan tidak digalakkan
Seolah-olah ilmu itu semata-mata di sekolah dan di tempat pengajian
Kerana itulah kelulusan tinggi ilmunya singkat sekali tidak boleh diharapkan
Ilmu hanya dapat di pengajian tinggi selain itu tidak dapat ilmu kerana tidak ambil peduli
Kemudian mengharapkan bangsa maju, cemerlang gemilang dan terbilang
Ilmu tidak boleh semata-mata diikatkan dengan makan gaji
Tidak kena-mengena pun dengan makan gaji, ilmu kenalah kaji dan dicari
Sumber ilmu bukan semata-mata di tempat belajar dan mengaji
Kalau kita suka mengkaji dan menggali, ilmu di mana sahaja boleh didapati
Orang Melayu konsep menuntut ilmu sudah disalah erti
Ilmu dicari hanya sekadar untuk keperluan makan gaji
Ia adalah satu pandangan dan fikiran yang sudah basi
Wednesday, February 10, 2010
Sistem Pendidikan Yang Salah..
Posted by ikhwan89 at 7:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment