? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 3, 2009

jenaka minda...

alhamdulillah,dapat juga tempat untuk berkongsi ilmu dan fikrah..
alang2 menyeluk pekasam, kukepilkan jenaka buat santapan minda orang membaca... selamat menikmati...


Untung Babi
Wartawan: Apa pandangan you, Kerajaan Negeri Kedah mahu bangunkan projek ternakan babi moden?
Ah Chong: Manyak baguih, itu Balisan tatak bikin. Lanti itu undi punya jam Kelajaan PAS muleh lapat undi, gelenti muleh minang. Luit cukai babi pun ala lapat manyak. Lagi itu taik babi muleh bikin baja pokok papaya. Manyak untung la itu macam.
———-ooooo———–
Lesen Bergaduh
Wartawan: Mengapa YB ghairah sangat nak jadi orang politik.
YB: Boleh bergaduh dalam Parlimen. Kalau bergaduh di luar Parlimen, nanti orang kata macam budak-budak.
———–ooooo———-
Puji Musuh
Cucu: Sebab apa orang politik mengutuk musuh-musuhnya?
Atuk: Kalau tak kutuk, tak menanglah.
Cucu: Tak boleh ke puji musuh politik?
Atuk: Boleh, tiada halangan tapi syaratnya sebelum puji kena bayar dulu.
Cucu: Tak faham.
Atuk: Mudah saja, tak lama selepas bayar, musuh yang kena bayar itu akan balas dengan pujian juga, dan tak lama kemudian akan berubah menjadi penyokong.
Cucu: Oh, semuanya RM,RM,RM.
Atuk: Inilah berniaga yang segera dapat untung, perniagaan politik dan politik perniagaan, atau jual diri. Bahkan boleh jual negara.
———-ooooo———-
Belajar Dengan Amerika
Wartawan: Boleh Bapak beri sedikit pendapat, bagaimana di Negara Bapak boleh ada pengebom, ya contohnya pengebom Bali.
Bapak: Oh ya, menurut pendapat saya main-main bom ini inspirasi dari Amerika, betul kan?
———-ooooo———-
Amerika Yang Ajar
Cucu: Atuk agak mengapa mereka langgar WTC New York dulu tu menggunakan pesawat awam?
Atuk: Sebab mereka tiada Jet Fighter.
———-ooooo———-
Apa Pun Boleh
Wartawan: Menurut analisis professor mengapa JF Kennedy dulu ditembak, dan kini sudah terdengar desas desus kononnya Obama dibimbangi mengalami nasib yang sama?
Professor: Memang begitulah sifat demokrasi, apa pun boleh berlaku. Atas nama demokrasi dah ramai orang yang kena tembak. Bukankah serangan keatas Iraq itu atas nama demokrasi melalui resolusi PBB selepas menang undian.
———-ooooo———-
Kerbau Bajak
Kawan: You ingat ini politik wang macam mana mahu habis?
Samy: Itu macam kalu, banyak susah mau habis sebab sama macam itu kerbau bajak sawah. Dia mau bajak itu sawah,mesti kasi makan rumput dulu. Itu kerbau tarak makan kalu,tarak mau kerja, sudah biasa itu macam dari dulu.
Kawan: Itu kerbau, mana ada sama macam orang.
Samy: Mesti ada sama kalu. Itu kerbau, mau bajak punya jam kasi makan dulu, nanti itu dia punya tuan dapat itu hasil tuai padi. Sama-sama cari makan atas itu sawahlah.
Kawan: Eh, kalau bikin parti politik tempat cari makan, hancurlah parti, mana boleh itu macam.
Samy: Ini macam parti kalu sudah hancur juga, tapi belum lumat.
———-ooooo———-
Semuanya Lebih Hebat
Warga Malaysia: Di sini udara ada panas.
Warga India: Saya punya negara lagi panas.
Warga Malaysia: Di sini orang ramai.
Warga India: Saya punya negara ada orang lagi ramai.
Warga Malaysia: Di sini keretapi ada panjang.
Warga India: Oh, saya punya negara keretapi lagi panjang.
Warga Malaysia: Kami punya Airport besar dan cantik.
Warga India: Kami punya Airport lagi besar dan lagi cantik.
Warga Malaysia: Negara kami banyak kilang sebab itu awak datang kerja disini.
Warga India: (Senyum dan diam)
Warga Malaysia: Orang di sini kulitnya agak gelap.
Warga India: Kami lagi gelap, he,he,he.
Warga Malaysia: Di sini ramai peguam.
Warga India: Oi, kami lagi ramai.
Warga Malaysia: Di sini ramai penjenayah dan penjaranya besar.
Warga India: Negara kami lagi ramai dan penjara kami lagi be……….(terdiam)
———-ooooo———-
Cemburu Sampai Mati
Isteri: Abang, kalau Ita mati dulu macam mana keadaan abang?
Suami: Ala, itu pun nak tanya. Abang kawin lainlah.
Isteri: Tak patutnya abang buat kepada Ita macam tu.
Suami: Heh, dah mati pun masih cemburu lagi?
———-ooooo———-
Ajaran Sesat
Murid: Macam mana kalau ada orang yang terjebak dengan ajaran sesat?
Ustaz: Sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.
Murid: Masaalahnya dia bukan sesat di hujung jalan tetapi sesat tak pernah jumpa jalan.
Ustaz: Oh gitu, memang susah, lagi pun jenis ini yang paling ramai, tapi biasanya kita tak ambil hirau dengan sesat jenis ini.
Murid: Mengapa kita tak ambil hirau?
Ustaz: Sebab kita salah anggapan. Kita anggap mereka tidak sesat.
Murid: Boleh Ustaz beri contoh.
Ustaz: Dulu ramai yang terlibat dengan Black Metal. Kita anggap terlibat dengan Black Metal itu rosak aqidah. Sedangkan yang sebenarnya ialah, akibat mereka tidak ada aqidahlah maka mereka terlibat dengan Black Metal. Kalau pun mereka tidak terlibat dengan Black Metal, tidak beraqidah itu sudah merupakan kesesatan.
Murid: Kalau bagitu memang ramailah orang yang sesat tak jumpa jalan.
———-ooooo———-
Propaganda
Cucu: Atuk agak hebat sangatkah Osama bin Ladin, sehingga Amerika pun tak dapat tangkap dia?
Atuk: Taklah, sengaja Amerika tak tangkap atau tak bunuh dia supaya propaganda mengenai pengganas tak padam. Tiada propaganda tak hebatlah Amerika.
———-ooooo———-
Antara Dua Darjat
Mr Bush: Aku kesal, tak patut, kurang ajar, tak hormat orang. Apa main baling kasut, hampir-hampir kasut tu kena muka akuMr Muntadar: Eleh, aku test market aje baling kasut tu, nak tengok apa perasaan engkau. Tahu pula rasa kesal. Yang engkau tu lempar bom hingga hancur negara kami, lagi teruk, brutal, ganas, tak ada hati perut. Mentang-mentanglah engkau orang putih
———-ooooo———-
Kita Pun Bingung
Cucu: Apa gunanya senjata?
Atuk: Untuk bunuh orang.
Cucu: Banyaknya Amerika jual senjata hingga 114 billion.
Atuk: Sebab itu Amerika kaya dan supaya lebih ramai orang yang kena bunuh.
Cucu: Mengapa penjual dadah dihukum mati?
Atuk: Sebab dadah boleh membunuh.
Cucu: Habis tu kalau senjata boleh membunuh mengapa penjual senjata tidak dihukum mati?
Atuk: Sebab yang menjual senjata tu adalah Amerika.
Cucu: Mengapa pula Saddam yang dihukum mati?
Atuk: Sebab Saddam nak serang Israel menggunakan senjata yang dibeli dari Amerika.
Cucu: Tapi dia belum serang lagi, tapi Amerika dah serang Iraq, mengapa Presiden Amerika tak dihukum mati?
Atuk: Sebab dia presiden Amerika bukan Presiden Iraq.
Cucu: Dulu Iraq dan Iran saling serang menyerang mengapa waktu itu tak salah ke?
Atuk: Tak salah sebab dah sampai maksud Amerika. Dia jual senjata supaya berperang sesama sendiri, sama-sama beli senjata dari Amerika, tapi jangan sampai nak serang Israel.
Cucu: Aku bingung.
Atuk: Memang demokrasi membingungkan.
Cucu: Habis tu mengapa kita juga pakai demokrasi?
Atuk: Sebab kita pun orang bingung. Orang mabuk ada ubat dan akan sembuh tapi orang bingung tiada ubat.

0 comments: